bukan sempurna dan tidak mungkin sempurna seperti yang diinginkan..........

Wednesday, September 30, 2009

Tolong aku........

Sememangnya hidup ini banyak ragam yang timbul... aku juga tengah merasainya sekarang ini... kusut dengan ragam itu... fuh... susahnyer... mcm mner la gua nak settle ni? Pelik tol la...bosan jer rasenyer.. ish.. x der mood la nk menulis... huhu... boring jer rase... nek kan lah semangat skit... harap-harap makin hari makin baik...

Monday, September 7, 2009

Kenangan lama

Seindah kenangan yang lalu, semuanya indah…. Aku mendengar lalu terfikir.. masih lagi rupanya wujud kejadian sebegini… ala-ala penceritaan yang seringkali kita mahukan yang indah… tetapi…. Hampa di tengah jalan… sememangnya manusia memang tidak menjangkakan itu akan berlalu, jadi.. terbakarlah perasaan dan menjadikannya sangat menyakitkan…
Perasaan pada masa itu hanya Tuhan yang mengerti, kesalahan telah terjadi... bukan bermakna kita bersalah, tetapi disebabkan curiga dan tidak percaya membuatkan kesalahan yang tidak sahih itu menjadi lebih berani ke hadapan.. demikian terjadilah satu perkara yang tidak mungkin dapat dilupakan sehingga hari ini… oh… kenapa itu terjadi?

Kehidupan seorang yang mengenal erti sayang, amat susah ditafsirkan…. Hubungan telah terjadi dan saling memahami dan menghormati…. Kejadian itu seperti karya penulis yang menjadi santapan mata anak muda pada masa kini… jalan penceritaan sama…. Cuma, ianya berlaku di alam realiti… aku hanya mendengar…. Perasaan sakit… hanya dia yang tahu… sebagaimana telah terjalin ikatan tanpa sah itu… hanyalah menerbitkan rasa kasih dan sayang untuk seketika….

Akhirnya… haluan masing-masing telah pun menjadikan diri tabah menghadapi segala kemungkinan… jauh itu mengajar perasaan…. Perpisahan itu sangat menyakitkan….
Realitinya… manusia merupakan satu watak yang perlu dibawa untuk mengetahui rasa dalam kehidupan.. jika rasa itu menjadikan diri lebih buruk ataupun baik…. Ingatlah, diri masih lagi mempunyai tempat bergantung harap.. jangan mensia-siakan rasa itu… kerana setiap rasa yang dirasai… snagat-sangat berharga dan begitu mengajar kita… cubalah kita mengerti…..

Seindah memori

Musim telah lama berlalu… tetapi memori itu tetap menjadi kenangan terindah… aku masih lagi mendengar… perasaan itu telah membangkitkan rasa sayunya hati…
kala sendiran dia tentunya akan mengingati memori itu… mesranya….. patutlah hubungan makin hari makin kuat terjalin… bahagianya waktu itu…. Seakan mahu memberitahu bahawa rasa indahnya pabila hati dimiliki secara tidak rasmi…


semuanya indah pada waktu itu… hati yang bermuram durja serta merta bahagia apabila dia memainkan peranan… indah belaka… seperti berada di alam kayangan…. Erm… susah jugak perasaan halus ni… datang tak di undang… hanya berbekalkan dua hati yang sememangnya sesuai untuk seketika… menerbitkan betapa halus dan mulusnya perasaan itu.. memanglah seindah memori… jika terdapat manusia yang masih lagi menunggu tiba satu lagi hatinya… tetap juga dia mahu berkongsi….. berkongsi perasaan yang dialami…

satu lagi hatinya akan muncul… manusia tahu itu berlaku… Cuma harinya misteri.. misteri sehingga kini…. Berkongsi tidak salah… pengalaman mengajar… hati perlu dijaga… jadikan diri bertuah… pasti ganjaran datang tanpa manusia jangkakan…. Ingat masa lalu supaya tidak berlaku kebodohan yang sama pada hari esok…. Memori indah? Erm……

Rasa itu

Hidup remaja pada masa kini semestinya mahukan keseronokan…keseronokan yang tak berbelah bahagi… aku masih lagi dalam waktu itu… waktu mahu mengenal arah tuju hidup… hidup remaja ni hanya mahukan keseronokan je ke? Tapi aku tahu, tak semestinya itu sahaja.. ader yang fikir lebih jauh , mahu menjadi itu la.. inila… ini adalah apa yang mereka mahukan… terpulang pada individu.. aku cume mengikut alur hidup yang ditentukan.. mahu jgk jadi org yang berguna….

Aku tak fikir untuk masyarakat, atau apa-apa yang berkaitan lagi.. cume dengan harapan mahu jadi org yang berguna untuk diri sendiri.. klu ikut itu, tak adalah kita ni jadi sampah masyarakat… sampah yang betul-btul sampah.. klu dah namanya sampah, tentulah kene campak dalam tong terus.. aku tak mahu jadi cm tu… yang penting jadi yang terbaik.. untuk diri sendiri dulu..

klu fikir yang nak jadi lebih lagi, make the best for ur life first.. pastu baru fikir macam mane nak jadikan diri lebih berguna untuk masyarakat dan sebagainya… mungkin skang ni masih terlalu muda untuk arah itu, kita selalu mendengar “jadilah orang yang berguna untuk masyarakat, dan sebagainya” Jangan ingat senang nak jadi orang…. klu sekali terpesong.. akan terjunam la terus dengan haluan hidup itu…

hope kehidupan kita skang ni akan lebih sempurna, teruskan mencari haluan hidup.. sementara perjalanan masih jauh lagi, perjuangan masih lagi belum selesai.. selesaikannya dengan sebaik mungkin.. mana tahu, corak masa hadapan akan menjadi lebih baik daripada apa yang kita jangkakan… siapa tahu…..

Tiba-tiba

Ingatkan dah tak ingat..rupenyer masih teringat jugak.. bagusla macam tu.... erm... itu memang panggilan yg tak dijangka... mungkinkah akan terbit sesuatu melalui itu? bukan tidak mahu itu berlaku.. cume apabila menjadi lebih, semestinya kita tidak sangka.. oh.. tidak, that’s was a something new... jangan lah berharap... itu tidak mungkin...

Listen to radio sometimes release our tension.. cam yg aku wat skang ni... lagi plak klu lagu tu ader kaitan dengan apa yg kite rase hari ni... erm, that’s great... so great.. Tapikan, what that calling for? Cam tak caye jer… pelik ni, tak pernah pun sebelum ni….what u think? Mesti de pape kan? Erm………….

situasi bermula

Kita seharusnya tahu bahawa kehidupan tak selalunya indah..
Masalah yang timbul, kadang-kadang amat menyakitkan diri.. wlupun cuma masalah kecil dimata, tetapi impak yang sebenarnya adalah besar, siapa tahu..
Jika masalah besar yang menimpa? Adakah kita kuat untuk itu? What ever it is, we must face the problems…

Erm.. Masalah dtg dengan pelbagai cara… jadi aku pernah lalui situasi itu time I’m in school.. ala.. budak-budak sekolah korang tau la kan, nakal.. tpi blajar tu len citer.. bljar ttp blajar.. so let’s to the story… nak djdikan citer aku bukannya budak baik sngt.. cume mase dulu, ader la perangai nakal yang melekat sampai skang ni.. Iaitu mengenakan budak-budak baru yang hadir dalam sekolah aku.. erm.. skolah aku ker? Hehe..

Semuanya berlaku tak sengaja bila aku dulu dikenakan oleh abg-abg senior, maklumlah.. aku bukannya nk tunjuk lagak, tpi bila dah ader someone tnyer pasal bende itu, ini.. aku pun just jawab jer… tak tau plak ader org lain dok skodeng aku time tu.. mase tu pun aku baru jer nak masuk 2 minggu kt skol tu..

Ha.. time kene buli la the real n best part, tpi bukan orang lain la yg kene, aku la yg kene buli… the reason is.. ‘aku budak baru’.. jadi budak baru ni kene ajar skit.. diorng la ckp... aku plak kate “nak ajar ape plak ni?, kan aku kt skolah, mestilah kene belajar” aku pun selamba badak je menjawab… tpi nk teruskan citer ni.. alamak, payahla…

Korang pun tau kan apa yg berlaku pas tu.. hehe..aku pun ader rase sup tngan yg brader-brader tu bg.. huhu.. kene la blasah gk… tpi pas tu, yg lawaknyer, salah sorang daripde brader-brader ni hantar aku g klinik.. tak sangka ada jiwa dan perasaan jgk mamat tu… Ooo, dah pukul aku, tau plak nk g antar kt klinik.. nasib baik la tak serius… aku just kene sup tngan jer… berdarah jugk la.. tpi jgn ingt aku x lawan balik.. lawan ttp lawan..kalah ke menang tu rahsia.. hehe… pastu aku bg la jgk ceramah skit.. tau plak tu nk dngar… masing-masing wat muke seposen cam rase bersalah sngt sebab buli aku.. ntah pape jer aku tgk..

Pastu terus abg-abg tu mintk aku jdi geng diorang.. geng buli membuli.. kenakan budak-budak baru jer… jgn ade yg melawan dah la… tpi citer pasal budak baru yg aku buli tu skit lebih kurang jer citernyer ngn aku.. korang wat la penilaian.. aku ni teruk ker time kt skol dulu? Tpi skng ni citer dah berubah… tgok org la.. haha…

So ape-ape yang terjadi mase dulu tu, just a memory.. nak tak nak dah berlaku, rase bersalah tu tetap ade, tpi citer dah lame.. itula masalah yg berlaku kat aku, masalah buli.. bgi aku masalah tu tak baper la sngt sebabnya aku tak tau impak bgi masalah tu.. yg aku tau seronok jer… oleh itu… kita mestilah tau bahawa masalah yg dtg mesti bersebab… dan sebab itu datang daripada diri sendiri.. fikirkan same-same ok? Chow…. J

Saturday, September 5, 2009

kehidupan semakin rancak.....

selamat berpuasa to the all muslims... ape2 pun, aku budak baru dalam blog ni... bru je bljar bende2 ni.. so.. i'm start with a new blog, new story.. it's that all? i hope i can make it more.. selamat dtg ke blogger blog of me.. :)