bukan sempurna dan tidak mungkin sempurna seperti yang diinginkan..........

Monday, September 7, 2009

Kenangan lama

Seindah kenangan yang lalu, semuanya indah…. Aku mendengar lalu terfikir.. masih lagi rupanya wujud kejadian sebegini… ala-ala penceritaan yang seringkali kita mahukan yang indah… tetapi…. Hampa di tengah jalan… sememangnya manusia memang tidak menjangkakan itu akan berlalu, jadi.. terbakarlah perasaan dan menjadikannya sangat menyakitkan…
Perasaan pada masa itu hanya Tuhan yang mengerti, kesalahan telah terjadi... bukan bermakna kita bersalah, tetapi disebabkan curiga dan tidak percaya membuatkan kesalahan yang tidak sahih itu menjadi lebih berani ke hadapan.. demikian terjadilah satu perkara yang tidak mungkin dapat dilupakan sehingga hari ini… oh… kenapa itu terjadi?

Kehidupan seorang yang mengenal erti sayang, amat susah ditafsirkan…. Hubungan telah terjadi dan saling memahami dan menghormati…. Kejadian itu seperti karya penulis yang menjadi santapan mata anak muda pada masa kini… jalan penceritaan sama…. Cuma, ianya berlaku di alam realiti… aku hanya mendengar…. Perasaan sakit… hanya dia yang tahu… sebagaimana telah terjalin ikatan tanpa sah itu… hanyalah menerbitkan rasa kasih dan sayang untuk seketika….

Akhirnya… haluan masing-masing telah pun menjadikan diri tabah menghadapi segala kemungkinan… jauh itu mengajar perasaan…. Perpisahan itu sangat menyakitkan….
Realitinya… manusia merupakan satu watak yang perlu dibawa untuk mengetahui rasa dalam kehidupan.. jika rasa itu menjadikan diri lebih buruk ataupun baik…. Ingatlah, diri masih lagi mempunyai tempat bergantung harap.. jangan mensia-siakan rasa itu… kerana setiap rasa yang dirasai… snagat-sangat berharga dan begitu mengajar kita… cubalah kita mengerti…..

2 comments: